Halaman

Sabtu, 6 Ogos 2016

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

ASSALAMUALAIKUM...

  Hai  semua. Korang sihat tak? EL sihat je... Hari ni EL ingat EL berkongsi satu cerita dengan korang. Cerita ni kakak EL yang ceritakan pada EL dulu. So,hari ni biar EL pulak yang ceritakan kat korang ye...

 Suatu hari, seorang Anak bertemu dengan Ayahnya dan bertanya,
  "Ayah, mengapa seseorang itu membaca Al-Quran pada setiap hari tetapi dia tidak menghafalnya? Apa faedahnya?". Ayahnya tersenyum dan berkata,
  "Kamu pergi ambil bekas jerami yang kotor itu, penuhkan bekas jerami itu dengan air dan bawakan kepada Ayah.". Pinta ayahnya. Anak itu hairan dan berkata,
  " Ayah, bekas jerami itu mempunyai lubang-lubang kecil. Apabila saya mengisikan air ke dalam bekas itu, pasti air akan mengalir keluar melalui lubang-lubang itu dan semestinya bekas itu kosong sebaik sahaja bekas itu sampai kepada Ayah.". Si ayah tersenyum.
  "Ayah mengetahuinya wahai Anakku. Tetapi ayah tetap mahu kamu melaksanakannya sekarang juga.", arah Si Ayah. Si Anak hanya menurut kata-kata Ayahnya. Dia mengambil bekas jerami itu mengisinya dengan air. Apabila bekas itu sudah penuh, Si Anak terus membawa bekas itu kepada Ayahnya selaju yang boleh. Sebaik sahaja dia sampai kepada Ayahnya, bekas jerami itu sudah kosong. Si Ayah hanya tersenyum dan meminta anaknya melakukannya sekali  lagi. Si Anak hanya menurut tanpa membantah. Begitulah seterusnya.
  Setelah  mengulanginya beberapa kali, Si Anak berkata,
   "Mengapa Ayah meminta saya melakukannya berkali-kali sedangkan Ayah sudah bahawa bekas jerami itu akan tetap kosong apabila sampai kepada Ayah?". Si Ayah tersenyum sekali lagi.
   "Cuba kamu lihat bekas jerami itu dan beritahu Ayah apa yang terjadi kepadanya.", ujar Si Ayah. Si Anak melakukan apa disuruh Ayahnya tanpa membantah dan berkata,
   "Tadi, bekas ini kotor. Tetapi..setelah saya mengisinya dengan air dan membawanya kepada Ayah berulang kali, bekas jerami ini kembali bersih.".
"Wahai Anakkku, inilah jawapan kepada pertanyaan kamu tadi.", kata ayahnya. Si Anak berasa hairan dan bertanya,
   "Apakah maksud Ayah? apakah kaitan bekas jerami ini dengan pertanyaan saya?". Si Ayah tersenyum dan bekata,
    "Tadi, Ayah menyuruh menyuruh kamu mengisi bekas jerami yang kotor dengan membawanya kepada Ayah. Kamu telah melakukannya beberapa kali dan sekarang, kamu melihat bekas jerami sudah bersih. Begitu juga dengan Al-Quran. Apabila kamu membaca Al- Quran setiap hari, Al-Quran akan menyucikan hati kamu yang telah dikotori dengan titik-titik hitam iaitu dosa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, hati kamu akan bersih. Inilah kelebihan membaca Al-Quran walaupun kamu tidak menghafalnya.". Si Anak mengangguk tanda faham sebelum keluar bermain bersama kawan kawannya.

  So, kesimpulan daripada  cerita ni ialah, membaca Al-Quran dapat menyucikan hati kita. Oleh itu, kita perlu membaca Al-Quran setiap hari. Sampai di sini sahaja coretan EL hari ni. EL harap korang suka kisah ni. Bye!!

WASSALAM...