Halaman

Jumaat, 14 Oktober 2016

Kecekalan Masyitah Dalam Mempertahankan Akidahnya

   
ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillahh... akhirnya EL telah berjaya menduduki peperiksaan PT3 pada hari khamis lepas. Rasa macam dah habis persekolahan aje. Hehehe.... angan2 aje yang lebih. Kepada semua  pembaca, doakan EL agar dapat 11A dalam peperiksaan PT3. 

 
Menu             MASYITAH

  Masyitah, tukang sisir rambut anak Firaun yang sombong dan angkuh kerana kebesaran empayarnya dan kehebatan pengaruhnya di kalangan rakyat Mesir. Dia mengaku sebagai tuhan yang agung dan memusuhi sesiapa saja yang bertuhankan selain dirinya serta membunuh mereka yang tidak mengaku Firaun sebagai tuhan.
    Masyitah  bekerja di istana Firaun, namun hati kecilnya tetap bertuhankan Allah yang Maha Berkuasa dan Dialah juga yang menjadikan segala makhluk di muka bumi ini termasuk Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Namun hal ini dirahsiakan supaya tidak diketahui oleh Firaun dan sekutunya.
   Pada suatu hari, sewaktu Masyitah menyisir rambut anak Firaun, sikat di tangannya
terjatuh. Masyitah terlatah dan berkata,
 “Mampus Firaun! ” Apabila anak Firaun mendengar kata-kata penghinaan terhadap bapanya, dia berkata,
 “Kenapa kamu berkata begitu terhadap bapaku? Adakah tuhan lain selain bapaku?”
“Memang benar! Tuhanku dan tuhan bapamu ialah Allah.” Mendengar kata-kata itu, anak Firaun menjadi marah.
 “Baik kamu bertaubat, sekiranya tidak, aku akan menceritakan hal ini kepada bapaku.” Masyitah bertegas dan mengatakan, 
“Pergilah kamu memberitahu bapamu. Aku tetap dengan pendirianku bahawa tuhan yang sebenarnya ialah Allah.”
    Sebaik saja Firaun diberitahu oleh anaknya mengenai Masyitah, dia menjadi murka dan memanggil Masyitah. Dia bertanya sama ada benar apa yang dikatakan oleh anaknya itu dan Masyitah tetap mengatakan Tuhannya ialah Allah. Firaun mengugut untuk membunuh Masyitah dan keluarganya sekiranya dia tidak mengubah pendiriannya.
    Keesokannya keluarga Masyitah dibawa ke satu tempat lapang, berhadapan dengan sebuah kawah besar yang berisi dengan minyak yang sangat panas. Firaun hendak memasukkan kesemua keluarga Masyitah termasuk anaknya yang masih kecil ke dalam minyak panas sekiranya Masyitah tidak mengaku Firaun sebagai tuhan. Namun keimanan Masyitah tidak luntur meskipun berhadapan dengan ancaman maut.
   Melihatkan iman Masyitah yang tidak berganjak, Firaun menyuruh askarnya mencampakkan keluarga Masyitah seorang demi seorang ke dalam kawah yang besar itu.      Apabila sampai giliran anaknya yang kecil, perasaan Masyitah menjadi belas dan sebak. Hati siapa tidak sedih melihatkan anak yang disayangi akan dilontar ke dalam kawah yang membuak-buak dengan minyak panas. Masyitah meminta supaya dia dicampakkan dulu sebagai ganti kepada anaknya. Tiba-tiba dengan kuasa Tuhan, anaknya yang kecil itu membuka mulut dan berkata,
 “Ibu, jangan bersedih. Teruskan! Biarkan saya dicampak ke dalam kawah itu.” Masyitah dan orang-orang di sekeliling terperanjat melihat seorang bayi boleh berkata-kata.
    Mendengar kata-kata anaknya itu, Masyitah menjadi semakin yakin dan tabah. Dia menghulurkan anaknya untuk dicampakkan ke dalam kawah. Tanpa belas kasihan, askar Firaun terus melontarkan anak Masyitah ke dalam minyak panas. Selepas itu barulah Masyitah dibawa ke tepi kawah yang panas itu lalu dicampakkan ke dalamnya.

Lihatlah betapa cekalnya hati Masyitah demi memepertahankan akidahnya sehingga dia sanggup dihumban ke dalam minyak yang menggelegak. Kalau EL ada kat tempat Masyitah waktu itu, x tahulah apa yang bakal terjadi. So, pengajarannya  jadilah seperti Masyitah yang sanggup mati demi akidahnya. Waallahualam...
 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan